Thursday, January 5, 2012

Jilbabswapper?

Apa itu jilbab? Mungkin tudung? Mungkin juga jubah? Mungkin blog entry ringkas sahabat saya ini dpt membantu pemahaman anda http://msjilbabpink.blogspot.com/2011/12/jilbab-bukan-tudung_03.html. Utk penjelasan panjang lebar berdasarkan kajian tafsir oleh ulama fiqh, boleh rujuk link yg sy masukkan dalam posting Fiqh

Di alam maya sekarang sudah ada 'diaper swapper' dan seumpamanya - yang mebolehkan preloved cloth diaper dijual / ditukar. Maka saya memperoleh idea jilbabswapper ini apabila saya menyedari bahawa saya ada banyak pakaian yang tidak pernah/jarang/tidak lagi  kerap dipakai, tapi dalm masa yg sama saya memerlukan pakaian lain yg memenuhi ciri-ciri tertentu. Jadi blog ini saya sediakan utk memudahkan pakaian saya memperoleh tuan baru. Adakah anda orangnya? :-) Mungkin anda boleh tengok koleksi di sini http://jilbabswapper.blogspot.com/2011/12/jubah-dan-tudung-labuh-preloved.html :-)

Anda nak beli yang brand-new, tak mahu preloved? Blog ini juga saya bangunkan sebagai tapak mula untuk perniagaan online. Sila lihat abaya MMH (Maratussolehah) yg terkenal tu (bilangan sangat terhad, siapa cepat dia dapat!), di sini saya jual dengan potongan istimewa sebagai harga percubaan

Dalam blog ini, anda akan mendapati saya iklankan pakaian2 preloved saya yg tidak koyak sama ada yg baru / lama. Sebab utama saya tidak memakainya lagi ialah saya ingin menggantikannya dengan pakaian yg tak perlu digosok. Dulu masa bujang saya rajin menggosok semua pakaian saya. Kini setelah ada anak2 yg bersekolah dan terdapat longgokan pakaian sekolah utk saya gosok, saya tidak lagi rajin menggosok pakaian sendiri, tetapi masih belum sanggup memakai pakaian kedut seribu.

Sebab kedua ialah saiz. Ada pakaian saya yg menjadi senteng bila saya pakai setelah ia dibasuh. Jadi eloklah dipindah milik kpd org lain yg lebih muat memakainya.

Sesuai dgn namanya jilbabswapper, saya mengalu-alikan pembaca blog ini, selain membeli apa yg saya tawarkan, anda juga dialu-alukan untuk menawarkan khidmat jahitan atau pakaian siap preloved/baru kepada saya. Trading (barter trading=menukar barang saya dgn barang anda yg senilai) juga boleh dipertimbangkan.

Anda nak tawarkan manjual/menjahit jilbab utk saya? Inilah ciri2 yg jilbab yg sy inginkan.
  1. Menepati kehendak syariat jilbab muslimah - longgar, tidak jarang, labuh
  2. Mudah dipakai - material tidak panas, ada 2 poket, lebih suka kalau open front (boleh susukan anak)
  3. Mudah dijaga - tidak perlu iron/selalu iron, boleh basuh mesin, jahitan dan material yg kukuh
Sampai di sini, sudi2lah melihat gambar2 pakaian saya yang baru dan preloved, mana tahu ada yg anda berkenan di hati :-)

Sila hubungi saya cheque_2000 [at] yahoo.com atau 019-dua1enam3empat3kosong

Wassalam :-)

No comments:

Post a Comment